10.5.11

dibelai langsir yang ditiup angin


"otak awak macam manusia normal saja", bilang doktor.

"dah tu amenda masalahnya?", tanya aku.

"hurm...iq awak terlalu tinggi.setakat bacaan alat pengukur iq ni, iq awak adalah setinggi 1334434.03 hp.terlalu tinggi untuk sebuah otak manusia biasa",jelas doktor yang tadi beria nak balik sebab dah dekat 12 tengah malam.

"habis?macam mana ni?",tanya aku lagi.

"awak tak boleh macam ni lagi.hentikan segala pemikiran awak.otak awak dah tak mampu menahan beban yang sebegitu hebat sayang", tambah beliau lagi.

"maaf doktor.kita baru berkenalan.kita tak boleh bercinta", potong aku.

"oh maafkan saya.saya begitu teruja.ok.maksud saya tadi awak kena berhenti terlalu berfikir.senang kata mulai sekarang awak kena jadi bodoh.mesti jadi bodoh.tahu?kalau tidak otak tu akan hancur.macam buah epal dipijak kuda di ladang epal buchanan", serius doktor cakap.

aku tunduk.aku tak mahu jadi bodoh.

"tekanan darah awak 140.ini biasa untuk stage pertama", doktor cakap lagi sambil ambik sesuatu dari laci dia.

sekeping gambar.dia tunjuk depan mata aku.

"awak kenal dia ni?".

gambar bezita.

shit.....

No comments:

Post a Comment