22.9.13

siri hadi / hardi boys cetak rompak - rumah tepi tasik (feat buku cerita misteri) #halaman tiga.

abu tarik tangan murad.

"nak sembunyi mana?", tanya murad. abu toleh kiri kanan. 

"bawah. bawah jeti. turun perlahan lahan". mereka rendamkan badan ke dalam air, meranduk selut ke bawah jeti. dari celah celah papan mereka lihat lelaki lelaki itu masuk ke dalam bot. bau rokok suria menerawang ke udara yang tadinya nyaman.

"pantas. kita kena check-in pukul 11", tegas lelaki yang agak tegap badannya. mungkin dia kaki gym. kuat main besi dan minum protein. enjin bot menderu. dalam lima minit, mereka hilang dalam bayangan malam.

spat spat spat. langkah abu dan murad dengan kaki berlumpur menghala ke pintu rumah alice yang tak tertutup pintunya sejak tiga lelaki tadi keluar. sunyi, tiada sebarang getaran bunyi dari dalam rumah.

"jangan masuk. kaki kita kotor. tengok dari luar saja" , pesan abu. murad angguk tanda faham. tak semena mena, muka mereka berdua pucat. seorang wanita terbaring di atas karpet berdarah di dahi. di atas sofa, seorang lelaki tertiarap dengan kepala berlumuran darah. di tangannya sepucuk pistol terpasang silencer.

"encik! puan!kamu tak apa apa?! kami tak boleh masuk. kaki kami kotor. hello!!!encik?! puan?!", tanya murad dengan suara kuat tetapi di kawal tonanya. senyap tidak berbalas. "dah mati ke encik?! puan?!". 

"dah matilah bu..patut lah tak jawab salam mula mula tadi..habis kita nak buat apa ni?", tanya murad pada abangnya. sambil  menggigit kuku yang agak payau dengan air tasik.

puk! abu melepuk kepala murad. "kau ni pun satu! alice kan cina. memang padanlah bagi salam tak berjawab! kejap kejap aku cuba berfikir. mungkin mereka ni ibu bapa alice. hummmm kita telefon polis! eh tak. kita cari alice dulu", cadang abu.

sampai kering tekak mereka menjerit nama alice. lalu mereka buat keputusan untuk mengayuh pulang. kedua duanya tidak bercakap semasa menunggang basikal. fikiran masing masing melayang di udara. pertama kali melihat orang mati tertembak bukanlah satu pengalaman yang mengujakan. mereka singgah sebentar di pondok telefon awam untuk memaklumkan polis. murad buat suara rosyam nor untuk tidak dikenali. lalu pulang naik ke rumah senyap senyap.




19.9.13

bukit tabur.

semenjak dua menjak ni, aku belajar buat benda yang orang boleh faham. oleh itu, aku nak berkongsi sesuatu yang mudah iaitu aktiviti panjat bukit. kenapa panjat bukit tidak panjat gunung? panjat gunung modal besar sikit weh. panjat bukit area dekat dekat dulu. simpan duit kalau nak panjat gunung everest.

seperti tajuk dia atas, lokasi kali panjat bukit bajet urban kali ini adalah di bukit tabur. mak pergi sini senang je. guna mrr2 sampai la exit jalan genting klang / jalan kolam air. ambik jalan kolam air menghala ke taman melawati nu. alah kalau kaki makan tom yam, tau lah tom yam seri niara. kat area situ lah jalan masuknya. jalan terus sampai jumpa roundabout ambik kiri. ikut je lah signboard klang gate. pandai pandai lah cari. kalau tak jumpa jugak pakat pakat balik lah. benda macam tu pun tak boleh setel. huh.

bukit tabur ni mencabar sikit lah. kebanyakan permukaannya batu batu granite dan jurang jurang yang agak dalam. tapi jangan risau. makwe makwe pun boleh naik. yang penting kena ada seorang guide yang tahu area situ dan boleh harap orangnya dalam benda benda macam ni. nak aku tolong pun boleh. tapi lepas tu belanja nasi lemak kat simpang wangsa melawati.

bila dah sampai ke hujung jalan tu beraturlah kenderaan kenderaan yang tuannya nak panjat bukit. pandai pandai lah jangan halang jalan rumah orang jangan halang jalan keluar rumah pam air.

dari dulu aku naik ikut bukit tepi jalan tu. orang kata boleh masuk ikut rumah pam ikut dengan hanya ikut paip beso tu. tapi aku tak tahu jalan tu dan malas ambik pusing. naik ikut tepi jalan tu macam tak perlu jalan jauh je. cuma naiknya mencanak canak sikit la. oh ya kali ini aku bersama mizam si bapa muda. eh bapa belia.

view pertama selepas naik mencanak jalan tanah.
tengah jalan jumpa geng auntie ni. tengok?tengokkk?auntie pun boleh naik tahu. tapi aku tak tahu diaorang naik sampai mana. ataupun mungkin mereka tidak diketemui sehingga ke hari ini.
hutan hijau dari atas.alah hutan la tu.
hutan batu.

nah ambik kentut sikit.
bapak amanda su chi in action
belilah trail runng shoe adidas kanadia tr5. bagus untuk aktiviti macam ni. grip cukup bagus & selesa. hanya rm200 di pertama complex sahaja. tempat lain tak dapat 200.



ok apa.
aku tak reti ambik gambar sangat. untuk lebih gambar google sendiri. pasti membuatkan kalian ingin mencuba. lepas ni ke bukit kutu. lepas tu gunung datuk. last sekali baru everest.

18.9.13

siri hadi /hardy boys cetak rompak- rumah tepi tasik. (feat buku cerita misteri)

hairan. tiga kali salam tak berjawab. dari bayangan langsir pada tingkap gelungsur, seolah-olah ada dua tiga orang di dalam rumah. abu menyiku murad yang dari tadi ternganga melihat kunang-kunang. 

"siapa dalam rumah?" tanya abu biarpun dia sendiri tak pasti murad mampu jawab.

"manalah aku tahu. mungkin saudara mara alice", hentam murad. "kenapalah dia ajak kita datang kalau sudah ada tetamu di rumahnya. ishh..", rungut murad lagi.

"kita pun boleh tahan juga. sampai setengah jam awal. tak apa kita tunggu dulu. lagipun aku nak tengok-tengok bot tu. nampak kool", akal abu menghalalkan sifat ingin tahunya. 

mereka berdua berjalan pantas ke jeti kecil di sebelah barat rumah alice. alice baru sebulan berpindah ke rumah di pinggir tasik ini. dia seorang budak perempuan yang lincah dan bijak. mudah untuk berkawan. setiap hari limosin proton perdana menghantar dan menjemput alice dari sekolah. namun tak siapa pernah melihat ibu bapanya. anak beranak hadi ini sering bergurau yang bapa alice seorang perdana menteri. alice hanya terkekeh kekeh.

penyengat. nama yang tertera di bawah bahagian bot putih tersebut. abu lompat ke dalam.

"hoi! kau buat apa?! nanti tuan dia marah lah!", marah murad dalam bisik.

"sekejap je lah". abu merayau rayau macam kucing dalam bot. " enjin masih panas. macam baru sampai. nampaknya macam lama lagi kita kena tunggu", agak abu.

"kau rasa kenapa mereka datang naik bot? kenapa tak naik kereta?", tanya murad.

"hmmm. mungkin rumah mereka di seberang tasik sana. atau pun mereka dari rumah kelab sana tu. orang kaya memang perangai pelik-pelik. macam alice. hahahahaha". berderai mereka ketawa bersama-sama.

tiba tiba sejalur cahaya lebar kelihatan dari rumah alice. pintu rumah terbuka.

"cepat keluar abu! ada orang keluar dari rumah!". menggelupur abu keluar dari bot. dari jeti mereka lihat bayangan tiga lelaki. dan sebuah beg besar.

 *buka halaman tiga untuk lari dan bersembunyi.
 *buka halaman tujuh untuk bertegur sapa dengan tetamu alice.
 *buka langkah silat jika ingin menumbuk penulis.

kerbau.

when i was a kid, my father and i went to feed his buffaloes near to a swamp in our kampung. then he called me to sit with him, on a small hill at the back of a trench.

he told me that he decided not to send me to science school in pekan. but to a smka in jerantut. then slowly my tears fell through my immature cheek. i wanted to go study there. i was one of the two or three students, who achieved 5 A's in upsr during that time and it was not easy to be called to a science school.

but he had his own reason. my sister already there plus, the smka is near to our kampung. it was really hard for me to accept his justifications. since then, i learnt that some part of our lives will never become as what we have planned. and i am living in it.

16.9.13

matahari.

hoi matahari
bila nak muncul
tahu tak aku terjaga 4 pagi
mahu naik ke bukit untuk tunggu
tapi masih awal lagi

hoi matahari
jangan terang lagi
bagi aku emmm 10 minit
tak
15 minit

hoi matahari
terima kasih bersinar
terima kasih terang
aku peluh berjeruk masam dipancarnya
biar muka hitam berminyak
aku ketawa aku gembira aku bahagia
harapnya kau pun sama

hoi matahari
tahukah kau
adalah satu objek yang bercampur baur
tapi bila kau nak terbenam
aku takkan lepaskan peluang
kerana aku rindu
walaupun esok aku tahu kau masih ada
dan esok aku boleh bergaduh dengan kau
boleh tersenyum dengan kau

hoi matahari
faham tak
kenapa diam

ah dia dah jingga
aku tersenyum senget
mulut kata tak apa
tapi hati kalau boleh nak tahan kau dari terbenam
kerana kau adalah matahari aku

kita jumpa esok :)

10.9.13

manis.

kau duduk di tepi memerhatikan kami. aku perasan kewujudan kau, tapi tak endah kerana tafsirku kau gadis mahal yang tidak memahami hidup kami. setelah selesai, kau menghampiriku dan mula berbicara. sedikit memujiku. aku sedikit malu. cakap kau, gelak kau, seakan orang kebanyakan macam kami. bertentang dengan tafsiran awal tadi. sekali sekala kau angkat kepala betulkan rambut depan kau yang sedikit berbelah macam budak kecik gigi jarang kuat makan gula gula. aku rasa kau agak manis.

bahkan kau nak teman aku pergi krom kan rim basikal!

bangun. hairan. siapa kau. tak pernah aku jumpa orang macam kau. adakah kau si manis bidadari? atau sekadar setan yang nak menggajahkan suboh aku?

3.9.13

si genius thom

selayang mata enggan terpejam
sebatang rokok dan air kosong..

kau telah menggigitku
telah menggigitku oh
kau telah menggigitku
dan ku mahu lagi

aku berdiri di dalam dewan
muntah di dinding
semuanya menghala selatan ke bukit conger
sosej di dalam kentang lenyek
negatif ke tunai
antara kau di kelab sayang
kau tidak

apa saja yang merangsang kau
apa saja yang menaikkan kau
ketua polis atau naib canselor
datuk dan datin blah blah
pengamal dan hakim
kamu semuanya menari
di atas buku merah kecilku

jika kamu berada di atas
jadi ianya kejatuhan yang panjang
piramid adalah kuasa
kita berubah dengan masa

jika kamu berada di atas
jadi ianya kejatuhan yang panjang
jika kamu merenung ke dalam gelap
gelap akan kembali merenungmu
kembali ke jiwamu

ya kerana kau telah menggigitku
menggigitku
menggigitku oh

racun itu
aku telah mendapat racun itu
telah mendapat racun itu
kini
ya aku telah mendapat racun itu
(kalau nak sedap tukar ke kau gigitku)