si penunggang mengelilingi mazlee perlahan lahan. mazlee tak dapat teka apa niatnya. mungkin kerana tiada mata. jika tiada mata, bagaimana mahu turun ke hati?
keadaan tersebut berlarutan beberapa minit, buat mazlee terasa bosan. sikit sikit sudah lah.
encik ni siapa ya? bila nak berhenti? saya pening. luah mazlee, lembut.
dicocok cocoknya beg yang dipeluk mazlee. di dongak dongak kepalanya tiga empat kali. pemahaman mazlee adalah; apa benda dalam beg ni?
tak ada apa. ni beg sekolah saya. ponteng sekolah tadi. tipu mazlee.
hnsssssss hnsssss. dengus si penunggang. rasanya mazlee kantoi kencing dia. muka macam erman manan. budak sekolah apanya.
gruurghhhhh. sambil menemukan kedua-dua buku limanya, dan memisahkan mereka. mazlee paham itu adalah isyarat suruh buka beg dan tunjuk isi.
ok ok sekejap. mazlee menggelabah melutut dan letak begnya di lantai hutan. kotor di seluar kerja padininya dia tak peduli. walaupun seluar tersebut sedikit lusuh, mazlee tetap selalu pakai. bukan kerana tak ada seluar lain, tetapi seluar tersebut sudah serasi dengan punggungnya.
mazlee buka tali jerut beg. ini saja. tak ada apa yang lain. cuma laptop dan buku. jelas mazlee.
si penunggang menguis nguis barang barang mazlee dengan hujung cokmarnya. makhluk ni, jangan rosak laptop aku sudah. kerja kerja dah la tak ada backup lain. laptop pejabat dah berkurun kurun mintak. tak dapat dapat. lemak je rasa mazlee bila mengenangkan muka orang IT tu.
tap tap tap tap. hujung cokmar diketuk pada sebuah buku kulit keras. lamunan mazlee terhadap orang IT tersentak.
rasanya si penunggang tahu tujuan mazlee. kerana dia seolah olah tahu pasal buku tu. mazlee bercampur campur. tersengih sengih dongak ke muka si penunggang. sekejap sekejap muka takut macam muka nak terberak, tercebik cebik bibir.
si penunggang menggenggam tangan kirinya, ibu jari diluruskan. kemudian digerakkan separuh kiri dan separuh kanan. separuh kiri separuh kanan.
apa benda pulak ni..ni yang payah kalau tak bercakap ni..
si penunggang ulang sekali lagi. separuh kiri separuh kanan. mazlee tercengang. di angkat kedua belah tapak tangannya, di dongak dongak kepalanya berkali kali dengan maksud; apa dia? apa? tak paham.
thuzzzzsssss!!!
cokmar direjam deras ke tanah. tercacak bergoyang goyang lebih kurang 5 inci dari lutut kiri mazlee. terpejam mata mazlee terkejut takut. dia tak pernah berhadapan dengan orang main teka teka yang garang macam ini.
dibuka matanya perlahan lahan. si penunggang kuda berbaju zirah menganjakkan kudanya merapati mazlee. si penunggang lentur jari jari tangan kanannya seperti nombor kosong. dijolok tangan kirinya yang dalam bentuk seperti tadi, ke dalam bentuk nombor kosong di tangan kanannya. di gerakkan pergelangan tangan kirinya, separuh kiri, separuh kanan. separuh kiri, separuh kanan.
kunci!!!!
teriak mazlee dalam minda sambil mulut ternganga dan angkat tangan jari telunjuk ke atas seperti jawab soalan.
kelam kabut dia mengeluarkan kunci kunci yang ada dalam poket depan beg. kunci rumah, kunci motor, kunci pejabat. ditunjukkan satu satu kepada si penunggang tapi tiada respon.
si penunggang mencabut cokmarnya. ah sudah kena rodoklah aku kejap lagi! kunci apa la sialll!!!
dalam klimaks dilemanya, mazlee menepuk nepuk peha. terasa sesuatu di dalam kocek seluarnya. pantas mazlee berdiri dan seluk tangan dalam kocek kanan. dikeluarkan benda tersebut, dan, dan, dannnn!!! ditunjukkannya kepada si penunggang yang kelihatan seperti stretching hendak lontar lembing.
ini???
kunci dari tempat sewa basikal.
si penunggang kuda berbaju zirah kaku sebentar. kepalanya angguk kecil.
No comments:
Post a Comment