kedekuk kedekak kedekuk kedekak.
mazlee berjalan mengekori buntut kuda. sekali sekala ekornya dikibas kibas. bau ba'eng.
mereka berhenti di hadapan sebuah pondok kayu kecil. lebih kurang saiz tandas di rumah papan perpindahan banjir, yang terletak di luar rumah. kalau nak berak kena bawak ubat nyamuk lingkaran untuk mengelakkan mati malaria.
encik nak berak ke?
si penunggang geleng kepala sedikit sahaja. tak sangka mazlee bahawa dia akan melayan pertanyaan bodoh tersebut. mungkin dia ini seorang sopan yang berlagak ganas sahaja.
dikeluarkan telunjuknya ke arah pondok tersebut.
saya? masuk dalam? tanya mazlee.
si penunggang angguk ringkas.
pintu pondok kayu tersebut berkunci dengan mangga. mazlee rentap dua tiga kali tak terbuka.
tuk tuk.
kepalanya diketuk kecil dengan cokmar si penunggang. dia membuat isyarat kunci.
ohhh. bukak pakai kunci tadi ke. manalah orang tahu. kata mazlee dengan muka sedikit menyampah.
mazlee jolok anak kunci ke buntut mangga. dengan sekali pulas, tap! mangga tersebut terbuka.
mazlee menguak daun pintu pondok tersebut. dijengah kepalanya masuk ke dalam. terdapat anak tangga lebih kurang lima enam meter curam kebawah. dihujungnya cahaya berbalam kekuning kuningan.
bagai ada satu tarikan yang hebat, mazlee tidak teragak agak melangkah masuk dengan kaki kanan. kaki nya diatur satu persatu menuruni anak tangga yang sempit. muat kaki saiz 7 aje agaknya anak tangga tu. tangannya diseret ke dinding untuk mengawal keseimbangan.
dalam tenang langkah tersebut, jantungnya berdebar debar. agak kuat.
lain pula ceritanya di luar. setelah mazlee tidak lagi kelihatan, muncul lebih kurang sepuluh ekor kuda dan setiap satunya ada penunggang berbaju zirah.
mereka saling merapati dan kemudiannya membuka pelindung kepala masing masing. ternyata mereka adalah manusia biasa. mereka saling bersalaman dan ada yang berpelukan, bertepuk tepuk belakang.
seperti meraikan sesuatu.
No comments:
Post a Comment